Micron Mengeluarkan Kenyataan Berkenaan Sektor Memori Untuk Komputer Pengguna
Nazrin
Pada penghujung tahun lepas, Micron, salah satu daripada pengeluar komponen DRAM dan NAND untuk memori dan storan telah membuat keputusan untuk menutup anak syarikat Crucial mereka untuk memberi tumpuan penuh terhadap pengeluaran cip memori untuk sektor kecerdasan buatan dan mesin pelayan.
Dalam sebuah temubual bersama laman berita teknologi WCCF Tech, Christopher Moore, Timbalan Presiden Pemasaran untuk segmen Mobile and Client Business Unit telah ditanya jika ia benar bahawa Micron akan mengalih perhatian secara sepenuhnya kepada pengeluaran komponen memori untuk sektor AI sahaja apabila Crucial ditutup secara rasmi pada penghujung bulan ini.
Beliau mengatakan bahawa walaupun Crucial sudahpun ditutup, ia tidak bermakna bahawa kapasiti pengeluaran mereka akan difokuskan sepenuhnya kepada sektor tersebut. Micron masih lagi akan menghasilkan komponen memori seperti LPDDR5X kepada jenama-jenama pengeluar peranti elektronik seperti ASUS, Dell, HP, dan sebagainya yang masih lagi menghasilkan peranti komputer untuk segmen pengguna.

MIcron juga sudahpun memulakan pembangunan kilang pengeluaran komponen gergasi bernilai $100 bilion di pinggiran New York yang dijangka akan menghasilkan 40 peratus daripada pengeluaran keseluruhan syarikat tersebut menjelang 2040.
Terdapat juga sebuah lagi kilang yang akan dibuka di Idaho yang dinamakan ID1 yang akan siap dibina pada tahun 2027, tetapi telah mengatakan bahawa pengeluaran pada kadar kapasiti penuh hanya akan bermula pada 2028.
Bergantung kepada permintaan industri mesin pelayan dan kecerdasan buatan, jangkaan orang ramai ialah isu bekalan memori dan storan ini, ia dilihat bahawa isu bekalan komponen tersebut hanya akan bermula untuk reda sekitar 2028, tetapi fokus masih akan diberikan kepada sektor kecerdasan buatan kerana margin keuntungan yang terlalu besar untuk dihiraukan.
[sumber]WCCF Tech[/sumber]