Razer Memperkenalkan Siri Aksesori Gaming Bertemakan BLACKPINK
Amy Maizuraa
Anda BLINKs? Koleksi baharu BLACKPINK X Razer pasti membuat anda teruja. Koleksi ini diilhamkan oleh World Tour BLACKPINK dan menggabungkan nilai ikonik kumpulan tersebut dengan elemen warna hitam serta merah jambu. Penampilan sulung global koleksi ini akan berlangsung pada 21 Januari 2026 sebelum ditawarkan di seluruh dunia pada suku kedua (S2) 2026.
Antara produk yang ditawarkan ialah Razer Ornata V3 Tenkeyless– BLACKPINK Edition iaitu papan kekunci RGB dengan suis Mecha-Membrane yang responsif. Seterusnya, Razer DeathAdder Essential – BLACKPINK Edition iaitu tetikus ergonomik klasik dengan suis mekanikal serta butang boleh ubah yang diserlahkan dengan elemen BLACKPINK.

Terdapat juga Razer Gigantus V2 – Medium – BLACKPINK Edition yang merupakan alas tetikus licin sekali gus menambah pilihan unik pada setiap set permainan ini. Akhir sekali, koleksi ini dilengkapi dengan Razer Enki X – BLACKPINK Edition iaitu kerusi gaming yang menawarkan keselesaan berpanjangan dan direka dengan gabungan warna merah jambu serta hitam yang ikonik.
BLACKPINK Edition ini akan tersedia di seluruh dunia pada S2 2026 kecuali Kanada dan Jepun. Harga jualan bagi setiap produk ialah Razer Ornata V3 Tenkeyless– BLACKPINK Edition pada $119.99 USD (~RM486), DeathAdder Essential – BLACKPINK Edition pada $49.99 USD (~RM203), Gigantus V2 Medium Edisi BLACKPINK pada $29.99 USD (~RM122) dan Enki X – BLACKPINK Edition pada $499.99 USD (~RM2,026).