OpenAI Akan Menghentikan Operasi GPT-4o Dan Sekutunya
Nazrin
Perkhidmatan chatbot AI ChatGPT kini menggunakan model GPT 5.1 dan 5.2, tetapi apa yang menarik ialah sehingga kini, model GPT 4o juga masih lagi digunakan sewaktu model GPT 5.0 diperkenalkan kerana ramai pelanggan asas dan berbayar dilaporkan telah merungut bahawa GPT 5.0 tidak mempunyai lenggok bahasa semulajadi seperti model sebelumnya.
Isu yang diperkatakan tersebut nampaknya sudahpun diperbaiki oleh OpenAI, dimana mereka kini mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan penggunaan LLM GPT-4o dan sekutu-sekutunya, yang termasuklah GPT‑4.1, GPT‑4.1 mini, dan OpenAI o4-mini.

Operasi kesemua model bahasaraya ini akan dibuang dari perkhidmatan chatbot ChatGPT pada 13 Februari 2026. Menurut OpenAI, ini juga adalah kerana ramai pengguna-pengguna ChatGPT kini telah beralih menggunakan LLM GPT 5.2 dan hanya 0.1 peratus daripada pengguna masih menggunakan GPT 4o.
Dalam pada itu, OpenAI juga mengatakan bahawa pelbagai penambahbaikan sedang dilakukan kepada model-model bahasaraya terbaru mereka, dan kelak ChatGPT akan menawarkan kepelbagaian dalam cara dan corak penggunaan untuk kesemua pengguna-penggunanya.
[sumber]OpenAI[/sumber]