NVIDIA Dilapor Tangguh Perancangan Untuk Melabur Sehingga $100 Bilion Pada OpenAI
Aman
NVIDIA kini dilaporkan menangguhkan sementara perancangan untuk melabur sehingga $100 bilion pada OpenAI. Salah satu sebabnya dikatakan adalah disebabkan pelbagai keraguan berkenaan hal pelaburan berkenaan.
Sebelum ini, pada September lepas, NVIDIA telah menyatakan hasrat untuk melabur sehingga $100 bilion pada OpenAI, dalam usaha membantu syarikat kecerdasan buatan dalam membina infrastruktur dan akses ke cip. Namun, ia dikatakan sehingga kini perbincangan berkenaan dengannya tidak diteruskan dan tertangguh.

Pada masa yang sama, CEO NVIDIA dikatakan mengkritik OpenAI kerana kebimbangan terhadap pelbagai persaingan daripada Google dan Anthropic, selain OpenAI yang dilihat kurang disiplin dalam pendekatan perniagaan.
Sebelum ini sendiri ramai telah menyatakan kebimbangan terhadap cara OpenAI, dan ia turut dipersoalkan berkenaan keupayaan OpenAI untuk tanggung pelbagai kerjasama dan pembinaan infrastruktur yang diumumkan.
Walaubagaimanapun, NVIDIA masih percaya mereka perlu membantu OpenAI dari segi kewangan untuk meneruskan pembangunannya, memandangkan OpenAI antara pelanggan terbesar NVIDIA pada hari ini. Penyedia lain seperti Google menggunakan cip TPU mereka tersendiri, sementara Anthropic pula turut menggunakan beberapa gabungan cip, termasuk yang dihasilkan Amazon.