TikTok Akan Caj Penjual Sebanyak 50 Sen Untuk Setiap Jualan Berjaya, Bermula 15 Februari 2026
Aman
TikTok kini telah mula memaklumkan para penjual di platform mereka, dan menyatakan akan perkenal sebuah caj baharu, iaitu Yuran Sokngan Platform sebanyak RM0.50 atau RM0.54 selepas ditambah SST. Caj ini akan mula dikenakan pada semua pembelian yang berjaya dihantar atas pembelian melalui platform tersebut berkuat-kuasa 15 Februari 2026.
Caj ini dikenakan terhadap setiap barangan yang berjaya dihantar oleh penjual ke pembeli, tanpa kira harga barangan yang dijual berkenaan. Caj ini adalah tambahan kepada pelbagai caj sedia ada yang dikenakan pada platform tersebut.
TikTok turut menyatakan barangan yang dihantar, tetapi dibatalkan atau dipulangkan kembali, masih tertakluk kepada caj yuran ini. Sekiranya sesuatu pembelian dibatalkan sebelum penghantaran dilakukan sahaja akan dipulangkan kembali caj yuran berkenaan.
Sebelum ini, pihak Shopee turut memperkenalkan caj lebih kurang sama, berkuat-kuasa 16 Julai 2025 lepas.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.