Rasmi : SpaceX Ambil-Alih xAI
Aman
Seperti dilaporkan sebelum ini, hari ini secara rasminya SpaceX mengumumkan pengambil-alihan xAI, sekaligus membentuk sebuah syarikat yang meliputi eksplorasi aeroangkasa dan juga kecerdasan buatan. Ini juga sekaligus membawakan kepakaran kedua-dua syarikat dibawah satu entiti, termasuk pelancaran roket, kecerdasan buatan, platform sosial, dan juga internet berasaskan satelit.
Syarikat gabungan ini disasarkan mungkin bernilai sekitar $1.25 trilion, menjadikan antara syarikat bernilai di dunia yang tidak disenaraikan awam.
SpaceX sebelum ini telah ditubuhkan pada 2002 yang lepas, dan telah melancarkan pelbagai roket dibawahnya, termasuk mengoperasikan hampir 10,000 satelit di angkasa, serta mempunyai hampir 9 juta pelanggan untuk perkhidmatan internet Starlink. xAI pula telah ditubuhkan pada 2023 yang lepas, sebagai pesaing kepada OpenAI, dan turut telah mengambil-alih platform sosial X pada 2025, selain menawarkan chatbot berasaskan AI dinamakan Grok.
Dengan mengabungkan syarikat, beberapa projek baharu dijangka akan dieksplorasi, termasuk pembinaan pusat data di angkasa. Elon Musk turut menyatakan mereka menyasarkan dalam dua ke tiga tahun, akan melihat perkomputeran untuk penjanaan kecerdasan buatan akan lebih efisien di angkasa berbanding di Bumi – sekaligus membawa kepada pelbagai inovasi baharu dalam arena berkenaan.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan langkah seterusnya Elon Musk. Sebelum ini, ia turut diperkatakan Tesla turut mungkin digabungkan bersama SpaceX ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.