JPJ Tangguh Pelaksanaan Log Masuk Aplikasi MyJPJ Hanya Guna MyDigital ID Ke 1 Mac 2026
Aman
JPJ sebelum ini telah mengumumkan akan melaksanakan log masuk ke aplikasi MyJPJ hanya menggunakan MyDigital ID, berkuat-kuasa 1 Februari 2026. Namun, perkara berkenaan kini ditangguhkan selama sebulan, dan akan dilaksanakan berkuat-kuasa 1 Mac 2026.

Sebab disebalik penangguhan tidak dinyatakan. Pelbagai aplikasi berkaitan kerajaan telah mula implementasi kaedah log masuk menggunakan MyDigital ID secara berperingkat. JPJ merupakan antara yang awal mengumumkan perkara berkenaan, dan sedia menawarkan pilihan log masuk menggunakan MyDigital ID sejak Oktober 2024 lepas pada aplikasi MyJPJ.
Namun, dengan peralihan ini, MyJPJ akan beralih ke log masuk tunggal menggunakan MyDigital ID sahaja, dan tidak lagi menerima kaedah log masuk yang lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.