Infinix Note Edge Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM999
Amy Maizuraa
Infinix Note Edge kini mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Telefon pintar ini memberi penekanan kepada rekaan dan kemasan serta menjadi antara yang terawal menggunakan cip Mediatek Dimensity 7100.

Infinix Note Edge dilengkapi dengan skrin AMOLED 3D-Curved 6.78″ beresolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 7100, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Kamera utama hadir dengan sensor 50MP berasaskan AI manakala swafoto beresolusi 13MP. Peranti ini turut memuatkan bateri 6500mAh dengan pengecasan pantas 45W.

Bagi yang berminat, Infinix Note Edge dijual di Malaysia pada harga RM999. Setiap pembelian disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM109 termasuk kerangka pelindung, pelindung skrin dan tali telefon untuk tempoh terhad.
[sumber] Infinix Malaysia [/sumber]