Misi Artemis II Ke Bulan Ditangguh Ke Bulan Mac
Effi Saharudin
NASA menangguh pelancaran misi Artemis II yang dijadualkan pada hujung minggu ini ke bulan Mac selepas mengesan kebocoran pada tangki bahan api serta injap yang digunakan untuk sistem tekanan kapsul krew Orion. Kerana kedua-dua isu ini, empat krew Artemus II telah dilepaskan daripada kuarantin di Houston, Texas yang menandakan misi akan ditangguh selema beberapa minggu.

Krew terdiri daripada angkasawan NASA Reid Wiseman, Victor Glover and Christina Koch serta angkasawan Agensi Angkasa Lepas Kanada Jeremy Hansen. Jika misi Artemis II berjalan lancar, Artemis 3 akan mengembalikan semula manusia ke permukaan bulan dengan ia juga akan menjadi kali pertama wanita menjejakkan kaki di permukaannya.
Artemis II akan mengambil masa 10 hari dengan ia menjadikan perjalanan paling jauh daripada bumi pernah dilakukan oleh manusia. Misi akan melihat sama ada kapsul Orion boleh membawa krew mengelilingi bulan dengan selamat. Ia turut membawa artifak bersejarah seperti sebahagian kanvas sayap kapal terbang pertama Wright Flyer 1.
Kelewatan SpaceX membangunkan Spaceship menyebabkan Artemis 3 hanya akan dilancarkan selepas 2027. Kecewa dengan kegagalan SpaceX, NASA telah membuka tender untuk sistem pendaratan bulan sekunder daripada konsortium terdiri daripada Blue Origin, Lockheed Martin, Northrop Grumman, dan Draper.