Apple Bakal Lancar iPhone 17e Tidak Lama Lagi
Aman
Apple pada tahun lepas telah mula memperkenalkan siri baru melalui iPhone 16e. Untuk tahun ini, tradisi berkenaan dijangka diteruskan, melalui pengenalan iPhone 17e.

Apple iPhone 17e dijangka dipasarkan sebagai iPhone paling berharga rendah di pasaran, hadir dengan cip Apple A19, selain turut menambah sokongan untuk pengecasan MagSafe. iPhone 17e turut dijangka menggunakan cip selular dan modem yang dibangunkan oleh Apple sendiri seperti versi sebelumnya.
Pada tahun lepas, iPhone 16e diperkenalkan pada harga RM2,999. Mungkin kita akan melihat Apple mengekalkan harga sekitar itu untuk model iPhone 17e ini juga.
Bagi anda yang berhasrat mendapatkan iPhone siri “e” baharu, mungkin anda boleh nantikan beberapa minggu lagi untuk pelancaran iPhone 17e ini.