Elon Musk Ingin Membina Kota Di Bulan – Menangguhkan Perancangan Di Marikh
Aman
Lanjutan laporan sebelum ini, Elon Musk kini berkongsi mengatakan SpaceX telah mengalihkan fokus daripada planet Marikh, dan fokus terhadap Bulan. Melalui sasaran baru, SpaceX menyasarkan untuk membina penempatan atau kota di Bulan dalam masa kurang 10 tahun. Elon Musk menyatakan tempoh masa ini dilihat lebih realistik, berbanding Marikh yang akan mengambil masa lebih 20 tahun.

Salah satu sebab untuk masa yang lama adalah disebabkan untuk memastikan keselarian antara planet Bumi dan Marikh yang berlaku setiap 26 bulan sekali, yang akan melambatkan proses penghantaran misi ke sana. Sementara untuk Bulan, ia dilihat boleh dilancarkan setiap 10 hari sekali, dan membuatkan pelbagai proses dan misi ke Bulan lebih pantas.
Ini juga memperlihatkan pembangunan kota atau penempatan di Bulan akan diselesaikan lebih pantas. Pada masa yang sama. Elon Musk menyatakan mereka masih tidak melupakan Marikh, dan menyasarkan untuk memulakan binaan kota atau penempatan di Marikh dalam jangka masa sekitar 5 ke 7 tahun lagi.