MrBeast Ambil-Alih Step – Aplikasi Kewangan Untuk Gen-Z
Aman
MrBeast sedia menyatakan hasrat untuk memasuki arena kewangan sejak tahun lepas, dan hari ini, mereka secara rasminya mengumumkan pengambil-alihan aplikasi kewangan dan perbankan untuk remaja, dinamakan Step.

Step sedia menawarkan kemudahan untuk remaja dan pengguna muda untuk menguruskan kewangan serta mengakses sejumlah perkhidmatan kewangan melaluinya. Dengan pengambil-alihan ini, Step yang mempunyai sekitar 7 juta pengguna, kini beroperasi dibawah Beast Industries.
Dengan pengambil-alihan ini, MrBeast menyasarkan untuk mendidik anak muda dengan ilmu kewangan, termasuk untuk pelaburan, pembangunan kredit serta pengurusan kewangan. Ia tidak dinyatakan berapakah harga yang dibayar untuk pengambil-alihan ini.
Beast Industries kini mempunyai beberapa produk dibawah mereka, termasuk Feastables iaitu makanan coklat, selain penawaran kandungan Beast Games bersama Amazon Prime
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.