Liga Pertarungan Robot Humanoid Seakan Real Steel Ditubuhkan Di China
Effi Saharudin
Dalam filem Real Steel, robot humanoid bertarung dalam gelanggang dengan ia menggantikan manusia bertinju sehingga musnah. Siapa sangka fiksyen tahun 2011 Real Steel kini menjadi realiti selepas liga Ultimate Robot Knockout Legend (UKRL) ditubuhkan di Shenzen, China.

Di dalam liga UKRL, dua robot T800 oleh syarikat EngineAI dikawal oleh program yang dihasilkan oleh manusia untuk bertarung di dalam gelanggang. Semua pasukan dalam UKRL menggunakan robot yang sama dengan kemahiran pengawal akan memastikan kemenangan. Pemenang liga akan dianugerahkan hadiah bernilai RMB 10 juta (~RM 5.67 juta).
Setiap T800 diperbuat daripada aluminium dan setinggi 173cm. Walaupun pada asalnya direka untuk bekerja di kilang, hotel dan melakukan tugasan bersama manusia, T800 diberikan juga kemampuan bertarung. Di CES, EngineAI memperlihatkan demo dua robot bertarung sendiri dalam gelanggang dengan ia boleh bertumbuk, menendang dan melakukan tendangan melompat 360 darjah seperti watak permainan video.
[sumber] Global Times [/sumber]