Nothing Mula Mengacah Kehadiran Produk Baharu Dengan Pilihan Warna Ceria
Amy Maizuraa
Nothing dilihat mula menimbulkan tanda tanya di media sosial apabila mereka menerbitkan ciapan di platform X dengan imej berbentuk bulatan kecil berwarna-warni serta kapsyen ringkas “soon”. Meskipun tiada penjelasan rasmi diberikan mengenai maksud ciapan tersebut namun ramai yang berpendapat ia berkait rapat dengan pelancaran produk baharu syarikat itu iaitu Phone (4a) yang dijangka dilancarkan pada bulan Mac akan datang.

Imej yang dikongsi memperlihatkan lima warna utama iaitu biru, kuning, merah jambu, putih dan hitam. Justeru, timbul spekulasi bahawa kedua-dua produk tersebut akan ditawarkan dalam pilihan warna yang lebih pelbagai berbanding generasi sebelumnya. Sekiranya benar dakwaan ini, Nothing mungkin sedang cuba memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna setia sekali gus menonjolkan identiti jenama yang semakin kukuh dalam kelasnya.
Nothing Phone 4a dijangka hadir dengan penarafan kalis air yang lebih baik serta beberapa perubahan lain. Ia termasuk penggunaan cip Snapdragon 7s, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB, di samping bateri bersaiz sederhana yang kapasiti sebenarnya masih belum dinyatakan.