Pengasas OpenClaw Menyertai OpenAI Dalam Memfokuskan Arena AI Berejen Peribadi
Effi Saharudin
Peter Steinberger yang mencipta pembantu peribadi kecerdasan buatan (AI) OpenClaw telah menyertai OpenAI. Ini diumumkan sendiri oleh Sam Altman awal tadi dengan beliau berkata Steinberger akan membantu membangunkan pembantu peribadi generasi seterusnya di OpenAI. Steinberger pula berkata matlamat beliau ialah ialah untuk mengubah dunia dan menyertai OpenAI adalah cara terpantas untuk mencapai visi ini.

OpenClaw tular kerana dikatakan adalah ejen AI yang akhirnya benar-benar boleh melalukan tugas yang sebelum ini memerlukan manusia. Ia semakin tular apabila ejen AI OpenClaw membuka media sosial sendiri yang tidak menerima ahli manusia. Ia bermula sebagai Clawdbot sebelum nama diubah Moltbot selepas diberikan amaran oleh Anthropic kerana terlalu menyerupai Claude. Nama kemudian ditukar pula kepada OpenClaw.
Walaupun telah menyertai OpenAI, OpenClaw kini terus ditawarkan secara sumber terbuka dan diletakkan di bawah sebuah yayasan dengan ia terus menerima sokongan daripada OpenAI.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.