Harga RAM Untuk Penghala Meningkat 600% Dalam Masa Setahun Kerana AI
Effi Saharudin
Pusat Kecerdasan buatan (AI) kini mendatangkan impak ke atas pembekal penghala internet, gerbang internet (gateway)dan juga set kotak (STB). Menurut laporan Counterpoint Research, harga modul RAM untuk menghasilkan tiga peranti ini meningkat lebih 600% dalam tempoh setahun. Harga dijangka terus meningkat sekurang-kurangnya sehingga bulan Jun tahun ini.

Akibatnya memori yang sebelum ini menyumbang 3% kos bahan meningkat ke 20% secara mendadak. Penyelidik menjangka ia akan menjejaskan pelanggan dengan pertama sekali syarikat penyedia internet tidak lagi akan menawarkan promosi pemasangan dan STB percuma kepada pelanggan seperti yang dilalukan sekarang. Ia tidak akan meningkatkan kos melanggar perkhidmatan internet jalur lebar tetapi sekadar kos awal yang perlu dibayar pelanggan.
Kos RAM meningkat bukan kerana ia diperlukan pusat data. Sebaliknya kerana RAM DDR4 yang digunakan sudah berusia sedangkan pengeluar kini lebih memberikan keutamaan kepada modul lebih terkini yang diperlukan pusat data. Bekalan terhad menyumbang kepada peningkatan harga yang lebih melampai berbanding jenis RAM yang lain.