Perbincangan Pengambil-alihan U Mobile Oleh Maxis Dilaporkan Tergendala
Aman
Laporan berkaitan Maxis berminat mengambil-alih U Mobile telah diperkatakan sejak beberapa tahun kebelakanga ini, dan terbaru, TheEdge melaporkan yang mana perbincangan antara kedua-dua pihak kini tergendala untuk hampir lebih 4 bulan.

Salah satu sebabnya adalah kerana harga permintaan untuk U Mobile yang mencapai $14 bilion, dianggap tinggi oleh Maxis. Maxis dikatakan hadir dengan tawaran antara RM10 bilion ke RM12 bilion.
U Mobile sebelum ini turut telah dipilih oleh kerajaan dalam membangunkan rangkaian 5G kedua negara, yang kini dalam proses serta dijangka mencapai kadar liputan 80% dalam beberapa bulan lagi. U Mobile juga antara yang memfokuskan kepada liputan rangkaian 5G dalam bangunan.

Dengan perkembangan ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Maxis akan meneruskan hasrat dalam mengambil-alih U Mobile atau sebaliknya. Sebelum ini, dalam arena telekomunikasi, salah satu gabungan dan penyatuan syarikat yang besar berlaku adalah Celcom dan Digi, yang kini membentuk CelcomDigi.