Microsoft Project Silica Menyimpan Data Selama 10,000 Tahun Dalam Sekeping Kaca
Effi Saharudin
Pada tahun 2019, Microsoft mengumumkan Project Silica dengan ia ingin menghasilkan sistem penyimpanan data yang boleh bertahan ribuan tahun. Data yang disimpan dalam bentuk cakera fizikal, pita magnetik dan storan HDD tidak akan kekal lama kerana batasan hayat bahan yang digunakan. Microsoft hari ini mengumumkan perkembangan Project Silica dengan ia kini terbukti boleh menyimpan data seperti yang dijangkakan.
Project Silica menyimpan data sebesar 4.8 TB dalam sekeping kaca borosilika sebesar 12×12 cm dengan ketebalan hanya 2mm. Dalam ujian yang dilakukan, data akan tersimpan dengan selamat selama 10,000 tahun jika disimpan pada suhu 290 ºC. Jika disimpan pada suhu bilik, ia boleh sehingga beberapa ratus kali ganda lebih lama.

Data disimpan dalam voksel fasa (phase Voxel) dalam permukaan kaca sama seperti lurah pada permukaan CD tetapi dalam struktur tiga dimensi. Voksel fasa diukir pada permukaan kaca menggunakan laser femtosaat. Hasilnya setiap keping Project Silica boleh menyimpan sehinhga 2 juat buku atau 5,000 filem pada resolusi UHD.
Penyelidik kini menggunakan kaca borosilica yang lebih murah dan mudah dihasilkan berbanding silika terlakur yang digunakan sebelum ini. Ini adalah kaca sama digunakan pada cermin ketuhar gelombang mikro dan produk kaca tahan lasak seperti Pyrex.
Selain Project Silica, terdapat juga HoloMem dan SPhotonix yang mengatakan sistem storan mereka boleh bertahan lama. Dalam kes SPhotonix, storan kaca 5D mereka dikatakan boleh bertahan selama 13.8 bilion tahun.
Kajian terkini Project Silica telah diterbitkan dalam jurnal Nature.