TikTok Shop Malaysia Kini Mula Memperkenalkan Penawaran Penghantaran Hari Sama
Aman
TikTok Shop Malaysia kini telah mula memperluaskan penawaran perkhidmatan penghantaran barangan belian pada hari sama, melalui apa yang dipanggil mereka sebagai Instant Delivery. Dengan langkah ini, apabila pengguna melakukan pembelian di TikTok Shop dan memilik Instant Delivery, maka mereka akan menerima barangan dalam masa beberapa jam.

TikTok Shop buat masa ini mengehadkan hanya barangan dengan berat maksima 10 kilogram, dan jarak penghantaran sejauh maksima 30 kilometer sahaja untuk Instant Delivery ini. Caj pula dikenakan sebanyak RM6.90 untuk dibawah 10 kilometer, RM17 untuk 10-18km, dan RM20 untuk 18-30km. Caj ini dikatakan akan dioptimasikan dari semasa ke semasa, mengikut perkembangan dan juga permintaan.
Buat masa ini, pihak TikTok Shop sedang dalam proses memperkenalkan ia secara berperingkat, dan membuka ia kepada beberapa pekedai sahaja, dan dijangka akan memperluaskannya tidak lama lagi. Selain TikTok Shop, pihak Shopee juga sedia turut menawarkan penghantaran hari sama di beberapa lokasi.
