Pembantu AI Maxis MIYA Kini Menyokong Bahasa Melayu
Amy Maizuraa
Maxis telah menambah baik pembantu AI dalam aplikasinya MIYA dengan sokongan Bahasa Melayu (BM) sekali gus memberikan pelanggan pilihan untuk berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan bagi pengalaman digital yang lebih menyeluruh. Selain itu, pembantu AI ini turut dipertingkatkan dengan ciri menukar kata yang diucapkan kepada teks bertulis (speech-to-text) yang membolehkan pelanggan berinteraksi dengan lebih mudah sama ada ketika berada di luar mahupun sedang bergerak.

MIYA telah dilancarkan pada Oktober 2025 dan berfungsi untuk membantu pelanggan mengurus pertanyaan harian serta meneroka produk dan perkhidmatan Maxis. Antara ciri utama yang ditawarkan termasuk pengurusan bil, bantuan perayauan dan semakan kontrak.
Setakat ini, pembantu AI tersebut telah mengendalikan lebih 500,000 perbualan sekali gus membantu pelanggan menyelesaikan isu dengan lebih efisien serta memudahkan mereka menemui perkhidmatan yang diperlukan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.