Redmi Buds 8 Pro Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM299
Amy Maizuraa
Redmi Buds 8 Pro mula ditawarkan di Malaysia dengan harga RM299. Ia hadir dengan pemandu audio 11mm bersama unit seramik 6.7mm serta digabungkan dengan Dual DAC untuk menghasilkan audio beresolusi tinggi. Fon telinga ini menyokong ANC dengan pembatalan hingar sehingga 55dB di samping menawarkan Hi-Res Wireless Audio melalui codec LHDC/LC3/SBC/AAC/MIHC 2.0. Ia turut dilengkapi fungsi Head Tracking dan Dolby Audio bagi memberikan pengalaman audio lebih imersif.

Untuk panggilan, AI Call Noise Reduction yang dibangunkan Xiaomi sendiri membantu mengekalkan kejelasan suara walaupun dalam persekitaran dengan hingar sehingga 95dB. Selain itu, ia mempunyai kebolehan pemantauan persekitaran dan saluran telinga secara masa nyata. Semua tetapan boleh diurus melalui aplikasi Xiaomi Headphones. Spesifikasi lain termasuk pensijilan IP54 serta bateri yang mampu bertahan sehingga 35 jam dengan bantuan pod pengecas.

Redmi Buds 8 Pro boleh didapati pada harga RM299 dengan pilihan warna Glacier Blue, Obsidian Blac dan Cloud White. Lebih menguntungkan apabila terdapatnya harga promosi terhad serendah RM269 diberikan bersama.