Kini Anda Boleh Terjemah Bahasa Melayu Ke Dialek Kelantan Melalui Kelate.my
February 25, 2026
Web 2.0
Aman
Terdapat sejumlah laman web menarik yang dibangunkan pembangun tempatan, dan kini salah satu yang hadir ke arena web adalah Kelate.my. Melaluinya, ia menawarkan ciri terjemahan masa-nyata antara bahasa Melayu ke dialek Kelantan.

Menggunakannya, pengguna dengan mudah boleh melakukan peralihan dari bahasa Melayu ke dialek Kelantan dengan memasukkan teks yang dialih dialek.
Selain ciri utama berkenaan, laman Kelate.my turut memberikan akses untuk menjana imej berteks, selain menyenaraikan sejumlah lokasi menarik di Kelantan.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba laman Kelate.my dan menterjemah antara bahasa Melayu ke dialek Kelantan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.