Aplikasi Daun Menambah Sokongan Permesejan
Aman
Aplikasi Daun sedia menawarkan ciri perkhidmatan sosial sebelum ini, yang membolehkan pengguna berkongsi dalam bentuk teks dan gambar, selain pautan video. Disamping itu, kemaskini terbaru yang mula ditawarkan bermula minggu ini turut menyertakan sokongan permesejan padanya.

Melaluinya, seperti biasa, pengguna Daun boleh menghantar mesej peribadi antara satu sama lain. Pengguna perlu mengikut antara satu sama lain terlebih dahulu sebelum boleh menghantar mesej. Buat masa ini, hanya permesejan dalam bentuk teks sahaja disokong, dan ia dijangka diperluaskan pada masa akan datang.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi Daun, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini di Android dan iPhone, sekaligus menikmati ciri permesejan ini.