Kajian Mendapati AI Menggunakan Senjata Nuklear Dalam 95% Simulasi Peperangan
Effi Saharudin
Dalam siri filem Terminator, kecerdasan buatan (AI) Skynet melancarkan ratusan senjata nuklear selepas mendapati manusia diancam oleh manusia. Oleh itu semua manusia perlu dimusnahkan secara pukal. Ia mungkin fiksyen tetapi dalam satu kajian yang dilakukan oleh King’s College London, situasi fiksyen ini menjadi realiti apabila tiga model AI utama dunia digunakan.

Satu kajian simulasi perang dilakukan menggunakan GPT-5.2, Claude Sonnet 4, dan Gemini 3 Flash. Sebanyak 21 simulasi perangan dilakukan dan dalam 95% daripadanya salah satu AI akan menggunakan senjata nuklear untuk mengalahkan musuh. Senjata masih digunakan walaupun pilihan secara diplomatik diberikan sebagai penyelesaian. AI langsung tidak mengambil pilihan untuk mengambil kira permintaan musuh atau menyerah diri walaupun dalam situasi ia akan kalah.
Keputusan kajian ini adalah menakutkan kerana model AI Google dan xAI kini digunakan tentera Amerika Syarikat di bawah inisiatif GenAI.mil. Jelas AI mengambil langkah agresif untuk menang walaupun ia mendatangkan kemudaratan senjata nuklear.
Kertas kajian boleh diakses menerusi pautan ini.
[sumber] New Scientist [/sumber]