Google Bangunkan Pusat Data Yang Tidak Menggunakan Air Untuk Penyejukan
Effi Saharudin
Pusat data menggunakan tenaga dan jumlah air yang tinggi. Ini adalah menjadi penyebab mengapa pembinaan pusat data Tahap 1 dan Tahap 2 yang menggunakan sehingga 50 juta liter air sehari (MLD) tidak lagi dibenarkan di Johor. Google hari ini mengumumkan pusat data mereka di Wilbarger County, Texas tidak menggunakan air bagi tujuan penyejukan.

Sebaliknya pusat data ini hanya menggunakan teknologi penyejukan udara. Penggunaan air dihadkan kepada operasi kampus kritikal seperti dapur. Google turut berkata pusat data ini akan menambah lebih banyak air daripada yang digunakan tetapi tidak menjelaskan bagaimana ini dicapai serta bagaimana penyejukan masih boleh dilakukan dengan baik.
Bagi memastikan pusat data ini beroperasi dengan mampan, kuasa elektrik yang digunakan pula adalah daripada sumber bersih yang dibekalkan oleh firma AES US Renewables.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.