Platform Penstriman Premier League+ Dilancarkan Di Singapura Musim Depan
Effi Saharudin
Liga bola sepak England, Premier League akan melancarkan platform penstriman sendiri di Singapura bermula musim depan. Platform bakal menggunakan nana Premier League+ membolehkan peminat liga melanggan terus kandungan Premier League tanpa perlu menerusi pihak ketiga seperti Astro, Sky, Prime Video atau Starhub sekarang.

Singapura dipilih sebagai pasaran ujian selepas mempertimbangkan beberapa negara lain. Sekiranya ujian di Singapura berjaya, Premier League+ akan dikembangkan ke pasaran lain di seluruh dunia. Langkah yang diambil Premier League ini sudah lama ditawarkan liga lain seperti NFL, NBA, dan MLB di Amerika Syarikat. Ia membenarkan pelanggan hanya membayar untuk menonton kandungan yang diminati tanpa perlu melanggan pek lain yang ditawarkan pihak ketiga.
Di Malaysia, hak penyiaran Premier League dan Emirates FA Cup dipegang oleh Astro sehingga musim 2027/28. Kontrak tiga tahun Astro diperbaharui 3 tahun sekali. Sekiranya tiada pembaharuan untuk musim 2028/29, besar kemungkinan Premier League+ akan dilancarkan di Malaysia.
[sumber] BBC [/sumber]