Razer Lancarkan Sarung Komputer Riba Dengan Pengecas Niwayar Terbina Pada Harga RM359
Effi Saharudin
Komputer riba ialah peranti yang saya bawa kemana-mana sahaja kerana keperluan kerja. Bagi memastikan komputer riba terlindung daripada kerosakan, sarung dibeli dengan ia mempunyai pad. Hari ini Razer Laptop Sleeve 16″ telah dilancarkan dengan ia turut hadir dengan pengecas nirwayar terbina.

Sarung boleh memuatkan komputer riba sehingga bersaiz 16″ dengan bahagian dalam mempunyai pelapik diperbuat daripada bahan fabrik gentian mikro dan bahagian luar pula daripada bahan sulaman polyester. Ia hanya ditawarkan dalam warna hitam pada waktu ini dengan logo Razer berwarna hijau.
Pengecas terbina mempunyai dua pad yang menyokong pengecasan Qi satu dengan kuasa 15W dan satu lagi 5Wsahaja. Tiada sokongan untuk MagSafe disertakan. Terdapat satu port USB-C yang membekalkan kuasa kepada pengecas. Turut disertakan ialah satu kabel USB-C sepanjang 500mm. Di Malaysia Razer Laptop Sleeve 16″ dengan pengecas niwayar terbina dijual pada harga RM359.