Paramount Membeli Warner Bros Discovery Pada Harga $111 Bilion
Effi Saharudin
Paramount dan Warner Bros. Discovery (WBD) secara rasmi memeterai perjanjian penggabungan syarikat bernilai $111 bilion (~RM 432 bilion). Pengumuman rasmi dikeluarkan selepas Netflix menarik diri semalam selepas enggan meningkatkan harga binaan $82.7 bilion yang dipersetujui penghujung tahun lalu.Walaupun tidak berjaya membeli WBD, Netflix masih menerima $2.8 bilion yang merupakan bayaran sekiranya perjanjian asal dibatalkan.

Menerusi penggabungan Paramount dan WBD, kedua-dua studio dikekalkan dan terus beroperasi sebagai studio bebas. Setiap studio juga memberikan komitmen menerbitkan 15 filem setahun dengan ia kekal di panggung selama 45 hari sebelum ditawarkan menerusi platform PVOD. Kandungan yang dihasilkan masih boleh ditawarkan kepada pihak ketiga dan mereka turut boleh membeli kandungan daripada studio lain.
Paramount kini memegang aset Warner Bros Television, Warner Bros Motion Picture Group, DC Studios, HBO, HBO Max, CNN, TNT Sports, Discovery networks, Discovery+ dan Bleacher Report.
Penggabungan akan menjimatkan kos $6 bilion setahun melalui integrasi teknologi, konsolidasi sistem, hartanah, dan kecekapan operasi. Bagi kakitangan pula, mereka berhadapan dibuang kerja kerana pertindanan tugas. Aset-aset turut mungkin dijual bagi mengurangkan kos memiliki lot studio di Los Angeles.