Spesis Terbaru Telefon Pintar Dipertontonkan – HONOR Robot Phone
Nur Amzari

HONOR bukan setakat memperlihatkan robot berbentuk manusia yang dibina sendiri oleh mereka malah menunjukkan satu jenis telefon pintar baharu yang mempunyai gimbal mekanikal iaitu Robot Phone. Ini adalah kolaborasi antara HONOR dan juga syarikat kamera cinema yang terkenal iaitu ARRI untuk memberikan pengalaman merakam video yang lebih cinematic.

HONOR Robot Phone mempunyai gimbal 3 axis yang pertama dalam peranti pintar dan menggunakan micro motor buatan HONOR sendiri yang 70% lebih kecil berbanding kebanyakan micro motor yang ada dalam industrial. Kamera dengan gimbal ini lengkap dengan sensor 200MP untuk mengekalkan ketajaman imej bersama beberapa ciri rakaman video sinematik seperti super steady video, AI Object Tracking dan AI Spinshot.


Peranti ini juga lengkap dengan ciri AI yang menarik seperti All-angle AI video call untuk membolehkan pengguna menjawab panggilan video dari pelbagai sudut. Peranti ini juga boleh berinteraksi dengan manusia kerana mempunyai ciri emotional body language dan juga boleh menari mengikut rentak lagu.

Buat masa ini tiada lagi spesifikasi yang lebih mendalam untuk HONOR Robot Phone ini namun berdasarkan pemerhatian secara nyata ia agak menarik jika dibandingkan dengan kebanyakan telefon pintar yang sedia ada dalam pasaran sekarang.