Amerika Menggunakan Claude Untuk Melakukan Serangan Ke Atas Iran
Effi Saharudin
Hujung minggu lalu, Iran diserang secara mengejut oleh Amerika Syarikat dan Israel menggunakan alasan untuk mengelakkan diri mereka diserang terlebih dahulu. Dalam serangan tersebut, Ayatollah Ali Khamenei dan beberapa pucuk pimpinan Iran telah dibunuh dengan jumlah kematian masih lagi belum diketahui. Menurut laporan WSJ pagi ini, Amerika Syarikat telah menggunakan kecerdasan buatan (AI) Anthropic Claude dalam serangan yang dilakukan.

Markas Tengah Pentagon (CENTCOM) menggunakan Claude daripda Anthropic dalam untuk melakukan penilaian perisikan, pengenalpastian sasaran dan simulasi senario pertempuran sebelum serangan dilakukan. Claude masih lagi digunakan CENTCOM walaupun pada Jumaat lalu Anthropic dilabel sebagai “risiko rantaian bekalan” yang menyebabkan mereka tidak lagi boleh mempunyai kontrak dengan berapa entiti tempatan.
Keengganan Anthropic membenarkan Claude digunakan untuk mengawal sistem penyasaran senjata dan melakukan intipan ke atas rakyat Amerika Syarikat menjadi sebab mereka dilabelkan sedemikian. Presiden Trump mengutuk Anthropic dan memberikan amaran mereka akan dipaksa untuk bekerjasama.
Kerajaan Amerika mempunyai kuasa memaksa Anthropic memberikan akses kepada AI buatan mereka menggunakan Akta Pengeluaran Pertahanan. Walaupun Athropic menolak permintaan Pentagon, Google, xAI dan OpenAI tidak mempunyai masalah untuk membenarkan AI mereka digunakan bagi tujuan yang sama.