Vivo X300 Ultra Diperkenalkan Dengan Kamera Telefoto ZEISS 400mm Di MWC 2026 – Bakal Dilancarkan Secara Global
Amy Maizuraa
Vivo memperlihatkan X300 Ultra di MWC 2026 dan pada masa yang sama mengesahkan bahawa model paling canggih dalam siri X ini akan dilancarkan ke pasaran global tahun ini. Pameran tersebut bukan sahaja menunjukkan reka bentuk telefon pintar ini, tetapi turut memperlihatkan kit fotografi profesional yang direka khusus untuk pencipta kandungan.

Antara keistimewaan utama X300 Ultra ialah ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra dengan jarak 400mm yang menjadikannya teknologi telefoto paling maju dalam industri ketika ini. Ia menyokong output optik penuh 200MP dan mampu mengekalkan imej yang jelas walaupun pada pangkas digital sehingga 1600mm. Telefon ini juga dilengkapi teknologi gimbal-grade OIS serta motion-tracking focus yang memastikan rakaman telefoto jarak jauh kekal stabil dan tepat walaupun dalam keadaan mencabar.

Selain itu, vivo turut memperkenalkan aksesori profesional seperti Pro-grade Camera Cage yang dilengkapi port aksesori, grip dua tangan, butang fizikal untuk kawalan shutter serta kipas penyejuk terbina bagi rakaman intensif. Semua inovasi ini memperlihatkan komitmen vivo untuk menjadikan telefon pintar ini sebagai alat fotografi dan videografi professional bukan sekadar kamera semata.

Dengan pengesahan pelancaran global ini, vivo menandakan langkah penting dalam strategi mereka untuk memperkukuh kedudukan dalam segmen premium dan menarik perhatian pengguna di seluruh dunia.
[sumber] Prnewswire [/sumber]