Apple Perkenal MacBook Neo – 13-inci, Cip Apple A18, 4 Pilihan Warna, Bermula RM2,499
Aman
Apple hari ini memperkenalkan MacBook Neo secara rasminya, iaitu siri komputer riba baharu yang hadir dengan harga lebih kompetitif, dan dengan pilihan sejumlah warna yang ceria. Komputer riba ini ditawarkan pada harga bermula RM2,499 di Malaysia.

MacBook Neo hadir dengan skrin bersaiz 13-inci, dikuasakan dengan cip Apple A18 yang pernah digunakan pada iPhone 16 sebelum ini. Cip A18 Pro ini hadir dengan 6-teras CPU, 5 teras GPU dan 16 teras Neural Engine.
Melengkapkan komputer riba ini adalah memori 8GB RAM, pilihan storan sama ada 256GB atau 512GB, dan juga pilihan dengan sokongan Touch ID. Ia turut menyertakan dua port USB-C, dan juga bicu audio 3.5mm. Apple mengatakan komputer riba ini menyokong bateri selama 16 jam penggunaan.
MacBook Neo dengan storan 256GB ditawarkan pada harga RM2,499. Sementara MacBook Neo dengan storan 512GB dan Touch ID ditawarkan pada harga RM2,899.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.