Sony Hanya Akan Menawarkan Permainan Multi-Pemain di PC
Effi Saharudin
Sony dilaporkan membatalkan perancangan menawarkan permainan Saros dan Ghost of Yotei ke PC menurut laporan Bloomberg. Ia dilihat sebagai perubahan strategi yang lebih besar untuk mengembalikan semula permainan tertentu eksklusif di konsol PlayStation sahaja.

Langkah jua diambil selepas melihat jualan permainan di PC tidak mencapai jangkaan dan menyumbang sekitar 1.5% daripada pendapatan keseluruhan. Permainan eksklusif PlayStation pertama ditawarkan ke PC ialah Horizon Zero Dawn pada tahun 2020. Ini diikuti oleh God of War, The Last of Us dan banyak lagi. Hanya permainan dengan perkhidmatan langsung seperti Hell Divers, Marathon and Marvel Tokon akan ditawarkan ke PC selepas ini.
Strategi ini mungkin diambil selepas CEO baharu Xbox mengatakan selepas ini Microsoft akan kembali kepada strategi permainan eksklusif. Dengan jumlah pemain lebih tinggi, Sony mempunyai kelebihan berbanding Xbox pada ketika ini. Jika anda memang penyokong tegar PlayStation keputusan ini tidak mendatangkan sebarang impak tetapi jika sebaliknya, anda perlu membeli PS untuk menikmati permainan tertentu.