Roblox Kini Mengubah Mesej Mengandungi Cacian Menjadi Lebih Sopan Secara Automatik
Effi Saharudin
Saya gemar menghabiskan masa di hujung minggu bermain secara atas talian. Tetapi yang saya tak tahan ialah audio dan mesej cacian yang diterima selepas sesi atas talian tamat. Ada sahaja yang dimaki dan membuatkan saya sendiri ini membalas mesej dengan cacian sendiri.

Roblox, sebagai platform permainan popular untuk kanak-kanak telah memperkenalkan ciri baharu yang mengubah mesej cacian dalam chat menjadi lebih sopan dan bertamadun. Kecerdasan buatan (AI) untuk menulis semula mesej secara masa nyata.
Sebelum ini Roblox sudahpun menapis sebarang kata cacian dan makian secara automatik di dalam chat. Perkataan yang jatuh ke dalam kategori makian akan diubah menjadi “#####” untuk mengelakkan ia dipaparkan pada skrin penerima mesej. Dengan sistem baharu mesej yang mengandungi cacian akan ditulis semula secara automatik supaya lebih sopan serta bertamadun.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.