Antaramuka dan Ciri Pelan Langganan WhatsApp Plus Tertiris
Effi Saharudin
Pada Januari lalu, pelan WhasApp menawarkan pelan langganan premium telah tertiris. Hari ini WABetainfo mendedahkan ia akan dilancarkan sebagai WhatsApp Plus dengan beberapa ciri membuatkan langganan menjadi lebih berbaloi untuk digunakan.

Pelanggan WhatsApp Plus akan menerima pilihan mengubah ikon aplikasi. Sebanyak 15 ikon aplikasi dapat dilihat dalam pelbagai pilihan warna. Mereka turut boleh meletakkan pin pada 20 mesej perbualan di susur masa berbanding 3 sahaja untuk pengguna pelan percuma.
Terdapat lebih banyak pilihan tema, warna dalam aplikasi, nada dering dan pelekat eksklusif. Iklan juga tidak akan dipaparkan dalam aplikasi. Lebih banyak ciri baharu akan ditambah selepas perkhidmatan ini dilancarkan.
Masih tiada maklumat bila WhatsApp Plus akan dilancarkan serta bayaran bulanan untuk menggunakannya. WhatsApp Plus akan ditawarkan kepada pengguna Android dan iOS.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.