Pop Mart Saman Platform Perkongsian Fail Cetakan 3D Labubu
Effi Saharudin
Demam patung Labubu sudah semakin reda di Malaysia. Semasa di waktu puncak, Labubu menjadi aksesori yang dibawa kemana-mana sahaja dengan watak yang jarang ditemukan dijual semula pada harga yang tinggi. Kerana menggunakan konsep kotak buta, jualan Labubu mendatangkan keuntungan tinggi kepada pengeluaranya Pop Mart.

Di China, Pop Mart memfailkan saman ke atas Bambu Lab kerana platform Maker World milik mereka didakwa membenarkan perkongsian fail cetakan 3D Labubu. Ini menurut Pop Mart menyebabkan kerugian kerana Labubu kini boleh dicetak sendiri di rumah menggunakan mesin Bambu Lab.
Selepas saman difailkan, kesemua fail cetakan 3D Labubu telah dipadam daripada Maker World. Pengguna Maker World yang memuat naik fail 3D menerima notifkasi ia dipadam kerana didapati melanggar hak pemegang harta intelek. Sungguhpun begitu kes masih didengari di Shenzen bulan depan.
[sumber] World Journal [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.