Aplikasi MyDigi Dan Celcom Life Akan Ditamatkan Pada 1 April 2026 – Pengguna Diminta Guna Aplikasi CelcomDigi Baru
March 6, 2026
Aman
CelcomDigi kini memaklumkan mereka akan menamatkan sepenuhnya dua aplikasi lama, iaitu MyDigi dan juga Celcom Life, berkuat-kuasa 1 April 2026. Untuk makluman, sebelum ini disasarkan untuk penamatan pada 31 Disember 2025, tetapi dilanjutkan sehingga kini.

Bermula hari ini juga, pengguna tidak boleh melakukan sebarang transaksi melibatkan prabayar pada kedua-dua aplikasi berkenaan.
Selari langkah ini, pihak CelcomDigi meminta pengguna mula menggunakan aplikasi baharu CelcomDigi, dalam memastikan penggunaan dan pelbagai transaksi berjalan lancar bergerak ke hadapan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.