Kerajaan Malaysia Dan Google Kini Menawarkan Akses “Gemini For Education” Untuk Semua Pelajar IPTA
Aman
Google hari ini berkongsi menyatakan ke semua 20 institusi pengajian tinggi awam tempatan telah pun mengaktifkan sokongan Gemini for Education, sekaligus membolehkan semua pelajar dan pentadbir untuk menggunakannya dalam pelbagai urusan harian. Penawaran ini melibatkan hampir 600,000 orang pelajar, dan juga 75,000 ahli akademik di universiti-universiti Malaysia.

Gemini for Education ini diaktifkan dibawah penawaran Google Workspace for Education yang sedia ditawarkan kepada pelajar tempatan. Google turut menyatakan yang mana lebih 40,000 ahli akademik turut ditawarkan dengan akses Google AI Pro for Education oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Selain itu, seramai 128,000 orang pelajar turut disediakan dengan akses NotebookLM Enterprise oleh pihak KPT.
Pelbagai perkembagan dan penawaran ini dilihat selari agenda kerajaan dalam membawa Malaysia menjadi negara yang dipacu kecerdasan buatan menjelang tahun 2030 kelak.