Canva Kini Boleh Mengubah Imej 2D Menjadi Lapisan Yang Boleh Disunting
Effi Saharudin
Canva mengumumkan ciri baharu Magic Layers yang boleh mengubah imej 2D yang raja (dalam format PNG atau JPG) menjadi fail dengan lapisan boleh disunting. Dengan ini setiap elemen dalam gambar asal boleh disunting, dipadam dan diolah mengikut kehendak pengguna.

Antara ciri menarik Magic Layers ialah katakanlah gambar asal mempunyai teks, teks ini boleh disunting dengan mudah dalam lapisan seakan dalam aplikasi Photoshop atau Illustrator. Ciri Magic Layers dikuasakan oleh model kecerdasan buatan Canva Design Model yang dibangunkan sendiri.
Buat masa ini ciri Magic Layers boleh diakses dalam bentuk beta oleh pengguna di Amerika Syarikat, UK, Kanda dan Australia. Pelancaran global akan dilakukan di masa hadapan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.