SKMM Gesa Pengguna iPhone Kemaskini Peranti Tampal Kerentanan Darksword Yang Menyerang Malaysia
Effi Saharudin
SKMM mengeluarkan kenyataan menggesa pengguna iPhone di Malaysia mengemaskini peranti mereka ke versi terkini berikutan penemuan perisian hasad Darksword. Kerentanan ditemukan oleh penyelidik di Lookout, iVerify dan Google pada awal bulan ini bersama dengan kerentanan Coruna yang telah ditampal.

iPhone di Malaysia perlu dikemaskini kerana Darksword didapati menyerang pengguna di Malaysia, Arab Saudi, Turkiye, dan Ukraine. Ia direka untuk mencuri data, termasuk maklumat peribadi dan dompet kripto.
Anda perlu mengemaskini iPhone sekiranya masih menggunakan iOS versi 18.4 hingga 18.6.2. Dianggarkan 220–270 juta iPhone masih menjalankan versi sistem operasi ini kerana enggan beralih ke iOS 26 yang ditawarkan sejak tahun lalu.
[sumber] Bernama [/sumber]