IlmuChat Kini Akhirnya Boleh Digunakan Oleh Semua – Perkhidmatan Ala ChatGPT, Dibangunkan Di Malaysia
Aman
Selepas sekian lama dinantikan, akhirnya hari ini pihak IlmuAI telah pun membuka akses untuk ILMUchat untuk semua pengguna. Anda hanya perlu melakukan pendaftaran akaun percuma, dan seterusnya boleh menggunakan ILMUchat.
Seperti ChatGPT, pengguna boleh lakukan pelbagai pertanyaan, dan menariknya memandangkan ILMUchat dibangunkan di Malaysia, maka pelbagai konteks jawapan yang diberikan juga dioptimasikan untuk konteks tempatan. ILMU AI dan ILMUchat ini dibangunkan oleh YTL AI Labs.

Selain pertanyaan teks, pengguna turut boleh memuat-naik fail atau imej untuk bertanyakan sesuatu perkara, selain melakukan carian web. ILMUchat juga turut hadir dengan sokongan pembangunan, membolehkan anda membina sesuatu web dengan mudah menggunakannya.
Buat masa ini, tiada sebarang pelan berbayar diperlihatkan, dan semua akses ditawarkan secara percuma. Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran di ILMUchat, dan mula menggunakannya hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.