Android Automotive OS Diumumkan – Sistem Operasi Untuk Kereta
Effi Saharudin
Google mengumumkan Android Automotive OS (AAOS) yang merupakan sistem operasi untuk kenderaan di masa hadapan. Jika selama ini Android Auto hanya memberikan tumpuan kepada sistem hiburan kenderaan, AAOS pula dikembangkan untuk mengawal juga lampu, pendingin hawa, tempat duduk, profil pemandu dan banyak lagi.

AAOS ialah platform terbuka boleh mengurangkan kerumitan dan mempercepat pembangunan kenderaan. Sebelum ini pengeluar kenderaan membina perisian sendiri dengan pelbagai modul daripada pembekal berbeza menyukarkan integrasi dan melambatkan inovasi.
Dengan AAOS pengalaman dalam kereta lebih lancar dan konsisten. Bagi pemilik kenderaan pula ciri baharu akan dapat digunakan lebih pantas melalui kemas kini OTA. Projek ini dibangunkan Google bersama Renault Group dan Qualcomm. Google merancang menawarkan AAOS secara sumber terbuka menjelang akhir tahun.
AAOS dilihat sebagai pesaing kepada Apple Car Play Ultra yang diumumkan pada tahun 2022. Walaupun pada awalnya 13 pengeluar berminat menggunakannya tetapi setakat ini hanya Aston Martin, Hyundai, Kia, dan Genesis sahaja akan meneruskan integrasi ke dalam kenderaan mereka.