Meta Didenda $375 Juta Kerana Gagal Melindungi Keselamatan Kanak-Kanak di Platformnya
Effi Saharudin
Meta diarahkan membayar penalti $375 juta oleh mahkamah di New Mexico kerana mengelirukan pengguna tentang keselamatan kanak‑kanak di platform Facebook, Instagram dan WhatsApp. Juri mendapati Meta bertanggungjawab membahayakan kanak-kanak dan mendedahkan mereka kepada bahan seksual dan hubungan dengan pemangsa seksual.

Ia kali pertama sebuah negeri di Amerika Syarikat berjaya menyaman Meta atas isu keselamatan kanak‑kanak. Pada hari yang sama, Meta dam Google didapati bertanggungjawab menyebabkan ketagihan media sosial oleh mahkamah di California. Nilai denda $375 juta dicapai selepas mengambil kira ribuan kesalahan yang dilakukan setiap satunya boleh dikenakan denda $5000.
Meta menafikan dakwaan dan merancang untuk melakukan rayuan serta menyatakan mereka telah bekerja keras untuk melindungi pengguna remaja di atas talian.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.