Ikan Paus Sperma Didapati Menggunakan Bantuan Bidan Untuk Melahirkan Anak
Effi Saharudin
Ramai mungkin menyangka hanya manusia menggunakan bidan bagi membantu ibu memgandung melahirkan anak. Tetapi dalam dunia sains, beberapa spesis haiwan selain manusia didapati juga menggunakan khidmat bidan. Dalam kajian terkini penyelidik daripada Project CETI, paus sperma telah dilihat menggunakan bidan bagi membantu melahirkan anak.
Pada 8 Julai 2023, seekor anak paus sperma telah dilahirkan berhampiran pesisir Dominica. Ibu paus yang mengandung ialah ahli sekumpulan paus sperma yang mempunyai 11 ahli yang tidak semuanya adalah adik beradik.

Rakaman video dan audio mendapati ahli kumpulan bergilir-gilir membantu si ibu sebelum, semasa dan selepas anak dilahirkan. Selepas anak dilahirkan, ahli kumpulan dilihat membantunya mengapungkan diri kerana selepas keluar daripada rahim ia masih tidak tahu berenang dengan betul. Hanya selepas si ibu dan anak dilihat selamat, ahli kumpulan tidak lagi berkumpul.
Sebelum ini hanya spesis ikan paus Pseudorca crassidens, Orcinus orca, dan Delphinapterus sahaja dilihat menggunakan bidan. Dalam spesis primat pula hanya Bonobo, Langur kepala putih dan monyet hidung kikir emas sahaja dilihat menggunakan bantuan bidan.
Kajian telah diterbitkan dalam jurnal Science.