Lambakan Aplikasi Sempoicara Melambatkan Pengesahan Aplikasi Di App Store
Effi Saharudin
Proses pengesahan aplikasi dan kemas kini aplikasi baharu di App Store mengambil masa sehingga seminggu menurut laporan Business Insider. Sebelum ini ia mengambil masa antara 24-48 jam sahaja dengan adalah dipercayai semua ini berlaku disebabkan oleh lambakan aplikasi dibangunkan secara sempoicara (vibecoding) menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Apple masih menggunakan manusia untuk pengesahan aplikasi sebelum ia boleh ditawarkan di App Store. Dengan aplikasi boleh dibangunkan dengan pantas oleh AI, semakin banyak aplikasi perlu disahkan dan akibatnya ia mengambil masa yang lebih lama. Tiada petanda Apple akan mengubah sistem sedia ada dan pembangun perlu bersabar dengan tempoh menanti lebih lama.
Menurut data Apple, di Amerika Syarikat sahaja aplikasi baharu di App Store meningkat 54.8% berbanding bulan sama tahun sebelumnya dan 56% di bulan Disember.