Kemaskini Terbaru Windows 11 Ditarik Balik Kerana Masalah Pemasangan
Nazrin
Microsoft meneruskan rekod kemaskini bermasalah mereka, dimana kemaskini terbaru mereka, yang hadir dengan nama versi KB5079391 didapati menyebabkan sejumlah besar pengguna menghadapi isu terbaru, iaitu ralat pemasangan kemaskini 0x80073712.
Isu ini menyebabkan mereka yang memasang kemaskini sistem operasi terbaru tersebut kehilangan fail-fail yang penting yang menyebabkan kemaskini ini tidak boleh dipasang.

Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka telah menarik-balik kemaskini ini untuk memperbaikinya, dan akan memperkenalkannya semula kelak apabila ia telah diperbaiki. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan memperkenalkannya semula, khususnya apabila ia hadir dengan sejumlah kemaskini perkhidmatan kecerdasan buatan baru berkaitan fungsi carian.
Isu kerentanan kemaskini ini hadir tidak lama selepas Microsoft menaburkan kata-kata janji bahawa mereka akan memperbaiki mutu sistem operasi tersebut setelah beberapa isu kemaskini lain sebelum ini. Setakat ini, ia tidak diketahui bilakah kemaskini ini akan diperkenalkan semula, tetapi mereka mengatakan bahawa ia akan hadir dengan angka versi baru.
[sumber]Microsoft[/sumber]