Vivo X300 Ultra Kini Rasmi Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan Kamera Gimbal
Effi Saharudin
Setelah beberapa minggu diacah dengan spesifikasi dan rekaan, Vivo X300 Ultra telah dilancarkan di China sebentar tadi dengan sistem kamera mementingkan fotografi dan penambahbaikan berbanding X200 tahun lalu.

Ia dilengkapi skrin 6.82″ Ultra XDR AMOLED, LTPO 144Hz dengan sokongan Dolby Vision dan HDR10+. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1 TB dan bateri 6600 mAh yang menyokong pengecasan 100W dan 40W secara nirwayar.

Kamera diberikan keutamaan dengan lensa sudut lebar dipadankan dengan sensor 200MP Sony Lytia 901, saiz sensor 1/1.12″ dan sistem penstabilan OIS. Lensa ultra lebar 14mm hadir dengan sensor 50MP sementara lensa telefoto 85mm pula dengan sensor Samsung ISOCELL HP0 dengan penstabilan gimbal. Sementara itu pula sensor swafoto adalah sebesar 50Mp.
Peranti ditawarkan dengan kit fotografi yang menawarkan dua lensa tambahan Cannon 400 (400mm 17.4×) dan Lipstick 200 (200mm 8.7×). Kit mempunyai bahagian pemegang yang memudahkan ia digunakan sebagai kamera. Kesemua kamera utama menggunakan lensa Zeiss.

Peranti hadir juga dengan sistem imbasan cap jari ultrasonik bawah skrin, kalis air IP69K, speaker stereo, dan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16. Vivo X300 Ultra disahkan akan ke pasaran global dengan harga jualan di China adalah seperti di bawah.
- Vivo X300 Ultra (12/256GB) – RM 6,999 (~RM 4080)
- Vivo X300 Ultra (12/512GB) – RMB 7,499 (~RM 4372)
- Vivo X300 Ultra (16/512GB) – RMB 7,999 (~RM 4663)
- Vivo X300 Ultra Satelit (16/1000GB) – RMB 8,999 (~RM 5246)
- Vivo X300 Ultra kit fotografi (16/1000GB) – RMB 11,999 (~RM 6995)