Sony Dan TCL Bentuk Syarikat Usahasama “Bravia Inc” Memfokuskan Perniagaan Hiburan Rumah
Aman
Seperti dilaporkan sebelum ini, hari ini secara rasminya Sony dan TCL mengumumkan pembentukkan syarikat usahasama baharu, dinamakan Bravia Inc. TCL akan mempunyai pegangan majoriti sebanyak 51%, dan Sony sebanyak 49% pada syarikat ini.
Syarikat baharu ini akan meneruskan perniagaan hiburan rumah, termasuk untuk pembangunan dan rekabentuk produk baharu, pengeluaran, penjualan, urusan logistik dan juga perkhidmatan pelanggan untuk produk seperti televisyen Bravia, panel perusahaan Bravia B2B, B2B LED Display, projektor dan juga sistem audio rumah.
Sebagai kerjasama ini juga, 100% ekuiti pada Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd akan dipindahkan kepada TCL. Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd antara bertanggungjawab dalam pengeluaran produk hiburan Sony.
Produk-produk keluaran syarikat ini dijangka akan mengekalkan penggunaan jenama Sony dan Bravia – sekaligus mengekalkan jenama berkenaan pada produk seperti televisyen dan lain-lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.