Oracle Memulakan Proses Membuang Sehingga 30,000 Pekerja Global
Effi Saharudin
Oracle memulakan proses membuang ribuan pekerja menerusi emel pemberhentian diterima pada jam 6 pagi semalam tanpa sebarang notis awal diberikan. Dianggarkan antara 20,000–30,000 pekerja atau bersamaan 18% tenaga kerja global akan terjejas oleh sebuah lagi pusingan pembuangan pekerja oleh Oracle.

Dalam emel yang dihantar, Oracle mengatakan pengurangan tenaga pekerja dilakukan bagi keperluan perniagaan syarikat dan sebahagian daripada perubahan organisasi yang lebih luas. Namun begitu sebab sebenar ialah menjimatkan sehingga 10 bilion untuk membiayai pelaburan besar Oracle dalam pusat data kecerdasan buatan (AI). Oracle sedang menanggung $58 bilion hutang baharu untuk membina pusat data AI dan saham pula jatuh lebih 50% sejak September 2025.
Lazimnya pekerja teknologi dibuang kerana tugas mereka diambil alih oleh AI. Dalam situasi Oracle, pelaburan besar menyokong projek pusat data AI OpenAI menjadi sebab pekerja manusia kini kehilangan pekerja.
[sumber] Gadgets Now [/sumber]