Pemahaman AI Dimasukkan Dalam Peperiksaan Kelayakan Guru Di China
Effi Saharudin
Adakah kecerdasan buatan (AI) baik untuk pendidikan. Data yang terhad setakat ini menunjukkan penggunaan AI oleh pelajar mendatangkan impak negatif kerana ia dijadikan tongkat untuk melakukan tugasan serta menyebabkan pelajar tidak lagi mahir melakukan kajian secara kendiri.

Sungguhpun begitu di China, penggunaan AI dalam sektor pendidikan masih akan diteruskan. Terkini pemahaman mengenai AI akan dimasukkan dalam peperiksaan kelayakan guru. Guru masa depan perlu memahami dan menggunakan AI sebagai sebahagian daripada proses mendapatkan pensijilan kelayakan menjadi guru.
Dalam pelan pendidikan China, AI akan digunakan untuk menyokong keseluruhan proses pengajaran
seperti pengurusan tugasan, pemarkahan automatik, menjawab soalan pelajar, dan tutor berasaskan AI. Selain itu AI akan menilai gaya dan keberkesanan pengajaran untuk membantu guru meningkatkan kualiti penyampaian.
Menerusi pelan ini China menyasarkan untuk membina sistem pendidikan AI yang menyeluruh, merangkumi semua peringkat persekolahan dan pendidikan tinggi menjelang 2030.
[sumber] CGTN [/sumber]